Monday, November 14, 2011

k.e.c.e.w.a


sangat sedeh bile ak dapat bukak fb die hari ni... penuh sangat dgn perempuan.. x tau knpa ak jadi sgt2 lemah hari ni... sblm ni die ade dlm fren list ak tp dsbbkan ari tu ak kecewa gak dgn aweks dlm fb die.. ak wat fb bru n x add die.. tp kecewa gile bile ak tgk byk sgt perempuan.. hmm.. nak nanges tp wat for?? x pe la... die berhak memilih yg mana yg terbaik.. cuma.. ak x tau camna lagi ak nak berhadapan dgn die tuk hari esok n hari2 mendatang... sbb tuk wat cam xde pape yg berlaku tu.. sgt2 susah.. apetah lagi tuk lukakan hati lelaki yg ak sayang.. yg setiap hari bersama.. nak x nak ak kne wat mcm xde pape berlaku sedangkan kat hati ak penuh dgn luka...susahnya jadi perempuan yg beri apa saja tuk orang yang mereka sayang...sanggup lapar, sanggup x berduit, bersakit, semata2 tuk org yg tersayang .. mungkin mereka x pernah sedar or mungkin x pernah tau pon isi hati aku. ni.. ak perlukan masa tuk melupakan segalanya.. nak pergi jauhhh sangat.. bye!

Thursday, November 3, 2011

sikap2 yg disukai lelaki

hehe.. xde keje.. so ak blaja la jadi wanita solehah... berikut adelah hasil kajian tuk hari ini:

10 sikap wanita yang disukai lelaki


Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.me: ooo...macm tu..camne nak wat wajah spt ibu... maknenye ak kne slalu wat muke garang?? ehh lagi la senang stress.. adehh..

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. me:manja... x mau la...

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. me: tapi diorg pelik..suke merajuk tuk perkara yg kita sndri x kan paham..

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. me: "ari nie awak nampak comeyy..wink2" camtu ekk???

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. me: masalahnye ak belom kawen lagi!! takpe.. ak cuba2...

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka. me: nie yg aku lemah nie..klo tgkmuka pon dah gigell... camne nak ckp?? kompem hancusss

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. me: ehh... nie aku.. nie aku...hee~ at last...

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. me: ni mmg betol patot... klo diorg betol2 sayang diorg akn jga kite ngan betol kan..

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempeson...me: oooooo....baru tau...


susah gak nak jadi org yg betol2 perfect..ade gak mereka2 yg cantik tp xde benda2 nie sume tp still jdi tarikan... ak rse depands on indvidu kot.. yg penting jadi dri sndri.. sbb klo ikot sngat.. last2 jadi sgt la fake... bukan disukai tapi menjengkelkan... waaa... ayat kamus dewan~

6 sebab knp kmu x de dlm friend list sye


sorry ekk sye x add kmu dlm friend list sye.. sbb:
1) sye jeles sgt byk pempuan yg rapat ngan kmu.. n comment kat wall kmu.
2) nanti sye mlu nak update wall
3) nanti kmu tahu byk rahsia sye..hehe
4) x mo halang kmu cari kwn..
5) xmo marah2 x tentu pasal..
6) nak kmu slalu heppy ngan hidup kmu mcm sebelum2 nie..
7) nak elak dri jdi stalker terhebat dunia..hee~.~ sowie...